AJK PPBBB SESI 2008/2009

PENGERUSI - Haji Mohd Fauzi bin Haji Harun

NAIB PENGERUSI - Haji Idris bin Haji Osman

SETIAUSAHA - Puan Salmah binti Hamdan

NAIB SETIAUSAHA - En Mohd Nazri bi Haron

BENDAHARI - En Abd Gaffal bin Mudah

NAIB BENDAHARI (Pengerusi Biro Keselamatan) -
En Azmi bin Saad

AJK ( Pengerusi Biro Wanita) - Pn Noor Fairus Aida bt Mohd Daud
AJK ( Pengerusi Biro Kebajikan) - En Mohd Yusof bin Md Isa
AJK ( Pengerusi Biro Agama) - En Abd Ghafar bin A Shahabudin

AJK - En Mohamad bin Ariffin
AJK - En Rosli bin Said
AJK - Pn Hajah Majdah bt Hj Mahamud
AJK - En Narendran a/l Balasubbiah (DR.)
AJK - En Chan Giew Hee
PEMERIKSA KIRA-KIRA - En Mustafa bin Ibrahi (Mejar)
PEMERIKSA KIRA-KIRA - En Jamaludin bin Awang
PERSATUAN PENDUDUK BANGLO BUKIT BAYU [PPBBB]
d/a G5, JALAN A6, BUKIT BAYU
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
013-2046364 / 017-4277470 email : pbukitbayu@gmail.com
______________________________________________________________________
Ruj. Kami : PPBBB/02/(04)
Tarikh : 2hb SEPTEMBER 2008


Semua Penduduk Banglo Bukit Bayu.

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PERUTUSAN PENGERUSI PPBBB : 2 / 2008.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan juga selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta Selamat Berpuasa. Insyallah sama-sama kita penuhi malam–malam ramadhan dengan sembahyang tawarikh berjemaah di Surau Al-Muhsinin dan perbanyakkan membuat amalan sedekah dan sembahyang sunat di bulan yang penuh keberkatan.

3. Untuk makluman semua ahli PPBBB, bersama ini sukacita dimaklumkan beberapa maklumat asas dan perkembangan terbaru persatuan kita (PPBBB). Antaranya ialah :

MESYUARAT AJK SESI 2008/2009.
Untuk makluman, setakat ini AJK Induk PPBBB sesi 2008/2009 telah mengadakan sebanyak 7 kali mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan penduduk di Banglo Bukit Bayu ini. Di samping itu, semua biro telahpun melaksanakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan untuk tujuan yang sama.

Malahan, Biro Wanita telahpun menjalankan beberapa aktiviti teras iaitu Program Bacaan Yaasin, Program Senamrobik, Program Sulaman, Program Jualan Baju -T PPBBB (telah habis dijual), Program KUTU dan majlis TADARUS AL_QURAN telah berjalan seperti dirancangkan.

Biro Agama telah menubuhkan Khairat Kematian khusus untuk penduduk Bukit Bayu. Keterangan lanjut akan diberikan kemudian.

AJK PPBBB SESI 2008/2009.
Perlantikan AJK PPBBB Sesi 2008/2009 tiada perubahan cuma En. Mohd Yusof bin Md Isa menarik diri disebabkan kesibukan.

BIRO KESELAMATAN.
Pegawal Keselamatan. Bagi mengemaskini perkhidmatan Pengawal Keselamatan PPBBB, AJK telah bermesyuarat pada 23hb Ogos 2008 dan telah bersetuju untuk menswastakan pengawal keselamatan. Kesemua Pengawal Keselamatan akan diserap masuk ke syarikat tersebut. Dari segi caruman KWSP dan SOCSO tetap tidak akan berubah. Penswastaan ini akan berkuatkuasa pada 16hb September 2008.

Telefon. Perlu diingatkan bahawasanya pihak AJK PPBBB telah menyediakan satu talian telefon untuk Pondok Pengawal. Nombor Telefon tersebut ialah : 017-4277470. Semua penghuni boleh berurusan dengan pengawal menggunakan nombor telefon tersebut.
Sembahyang Jumaat. Pra-syarat yang ditetapkan melalui syarikat tersebut supaya dapat menyediakan satu Pengawal Keselamatan Wanita akan menjadi kenyataan nanti. Insyallah.

BIRO WANITA.
Program Bercuti dan Lawatan ke Bandung & Jakarta. Biro Wanita akan mengadakan lawatan muhibah ke Bandung dan Jakarta dari 19hb Disember 2008 sehingga 22hb Disember 2008 (4H 3M) dengan pakej yang menarik dari RM1340 untuk dewasa dan potongan 80% untuk kanak-kanak. Sekiranya tuan/puan berminat menyertai program ini sila hubungi Pn. Fairus (B2) melalui talian 013-3273170 selewat-lewatnya sebelum atau pasa 15hb Nov. 2008.
Jamuan Hari Raya. Pihak AJK induk telah bermesyuarat pada 23hb Ogos 2008 dan bersetuju untuk mengadakan Jamuan Hari Raya pada 10hb Oct. 2008. Konsep tempahan diperkenalkan dan penghuni bolehlah membawa kuih muih sendiri bagi memeriahkan jamuan nanti. Semua Penghuni dijemput hadir.

BIRO AGAMA.
Khairat Kematian(termasuk non-Muslim). AJK PPBBB Khairat Kematian Sesi 2008/2009 telah ditubuhkan. Malangnya setakat ini hanya 21 orang saja yang mendaftar. Borang kali ke 2 telah dicetak dan dihantarkan kepada penghuni-penghuni yang belum menjadi ahli. Perkara ini amat berguna sekali disamping mengurangkan bebanan penghuni rumah yang sedang berdukacita. Untuk pengetahuan tuan/puan baru-baru salah seorang penghuni PPBBB telah kehilangan ibu tersayang. Alhamdullilah dengan adanya Khairat Kematian AJK akan bertindak untuk menolong beliau.
Diingatkan sekali lagi syarat-syaratnya:-
i. Yuran Masuk : RM 50.00
ii. Yuran Tuntutan setiap Kematian : RM 20.00
iii. Yuran seterusnya akan dikutip sebanyak jumlah faedah peserta yang akan dibahagikan sama rata dengan bilangan peserta.
iv. Faedah Peserta : RM 1,000.00 (bila berlaku kematian).
* Nota: Kadar di atas adalah jangkaan bagi 50 peserta dan skim khairat ini tiada kutipan yuran bulanan.
v. Promosi Khas. Mana-mana ahli yang mohon menjadi ahli pada 1 Mei 2008 ini akan secara otomatik mendapat manfaat dari Skim Khairat Kematian ini.
vi. Hubungi. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Biro Agama untuk keterangan lanjut. Ustad Ghafar (013-5133270)

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN.
Ancaman Anjing Liar – Disamping memohon bantuan dari Pengawal Keselamatan dan AJK PPBBB penghuni boleh menghantar terus SMS atau menelefon MPSPK melalui talian ADUAN atau kepada Pn. Zubaidah ( 012-4251865). Untuk elak sampah berselerak pada waktu malam (akibat gangguan anjing liar), penghuni dinasihat menutup tong sampah dengan teliti.
Lampu Jalan. Untuk makluman, penghuni boleh menghubungi nombor berikut : 15454 untuk aduan kerosakan lampu jalan berdekatan rumah masing-masing.

Sticker Kenderaan. Pihak AJK PPBBB telah mengedarkan Sticker Kereta bermula dari 4hb Ogos 2008 dengan kos sebanyak RM600 setelah gagal mendapat sumbangan daripada pihak HUNZA. Pihak AJK telah bersetuju memberi 2 sticker secara percuma. Sekiranya penghuni memerlukan tambahan bayaran RM3.00 dikenakan setiap satu. Hasil dari kutipan tersebut akan digunakan untuk menempah sticker motosikal. Penghuni diminta mempamerkan sticker ini dikenderaan masing-masing kerana peraturan ini akan dikuatkuasa secara menyeluruh pada 16hb September 2008 nanti. Bagi penghuni yang bukan ahli sticker tidak akan diberi.
E.Mail . Penduduk boleh menyalurkan sebarang aduan atau cadangan melalui e-mail : bukitbayu@gmail.com dan e-mail Pengerusi(mdfauzi@nam.com.my), Naib Pengerusi(idrisbb@gmail.com), Naib Setiausaha(mnazrifina@gmail.com), Biro Wanita(faidaent@tm.net) serta Bendahari (gafaient@yahoo.com).
Laman WEB PPBBB. Laman blog PPBBB telah dibina dan dilancarkan. Semua Penghuni boleh melayari blog ini melalui http://bukitbayubanglo.blogspot.com/ . Pihak AJK mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Syam diatas cetusan idea dan kreativiti beliau sehingga melahirkan laman blog PPBBB.
Gotong Royong. Gotong Royong Perdana yang diadakan pada 1hb Mei 2008 mendapat penyertaan dari penghuni PPBBB, Pasukan Penyelamat BOMBA, pihak MPSPK, pihak ATM dan pihak Kesihatan. Majlis ini berjalan dengan lancarnya dan mendapat liputan dari pihak media. Penghuni bolehlah melayani laman blog seperti yang dinyatakan diatas. Sehubung dengan itu, salinan surat penghargaan dan ucapan terima kasih telah dihantar kepada badan-badan yang terlibat.

vii. PERBINCANGAN DENGAN MPSPK.
a. Hasil perbincangan dengan pihak MPSPK yang lalu maka rumah-rumah yang terbiar serta dipenuhi dengan semak samun telah mula dibersihkan dengan kos pembersihan akan dimasukkan bersama-sama cukai pintu tahunan.

viii. KEWANGAN
Secara umumnya, kedudukan kewangan PPBBB adalah pada tahap Memuaskan semenjak pelantikan AJK PPBBB sessi 2008/2009 bermula April 2008. Kedudukan Kewangan Januari – Julai 2008 adalah seperti berikut :
Bulan
Pendapatan
(RM)
Perbelanjaan
(RM)
Status (Lebihan/Kurangan) (RM)
Catatan
Januari
6,900.00
5,915.83
65.83
Memuaskan
Februari
5,900.00
6,414.68
(514.68)
Kurang memuaskan
Mac
5,697.67
5,967.57
(269.90)
Kurang memuaskan
April
6,000.00
5,683.40
316.60
Memuaskan
May
4,800.00
4,549.20
250.80
Memuaskan
June
5,100.00
4,425.15
674.85
Memuaskan
Julai
5,550.00
4,512.05
1,037.95
Memuaskan

ix. HAL-HAL LAIN.
a. Anai-Anai
Pihak AJK PPBBB telah mengadakan perbincangan dengan pihak Hunza. Hasil nya didapati perlindungan anai-anai telah lama luput sejak April 2007. Kos penyelengaraan anai-anai adalah lebih kurang RM4,000 secara individu. Kemungkinan kos ini boleh berkurangan sekiranya dapat dilaksanakan secara berkelompok.
b. Peti dan Kertas Aduan.
Pihak AJK PPBBB telah menempatkan sebuah Peti Aduan di Pondok Pengawal. Penghuni boleh meletakkan sebarang bentuk aduan atau cadangan untuk tindakan AJK PPBBB di peti aduan tersebut.
c. Kerja-Kerja Pengubahsuaian Rumah Penghuni
Pihak AJK PPBBB merayu kepada semua penghuni untuk memaklumkan secara bertulis dan menyatakan pekerja-pekerja (nama & no. kad pengenalan) yang akan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah. Perkara ini amat penting bagi mengenalpasti mereka yang keluar masuk di taman kita. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
d. Yuran Kutipan Hunza.
Pihak AJK PPBBB memaklumkan bahawa yuran kutipan rumah-rumah HUNZA telah diberhentikan berikutan kehilangan kabel-kabel eletrik dirumah mereka. Pihak Pengawal Keselamatan tidak berhak untuk memasuki rumah penghuni tanpa kebenaran.
e. Rumah dijadikan Pejabat
Pihak AJK PPBBB memaklumkan jasa baik penghuni untuk melapurkan kepada Pengawal Keselamatan dalam bentuk bertulis (nama & no. kad pengenalan) setiap pekerja-pekerja yang keluar masuk ke taman kita bagi mengelak kejadian penyamaran dan kecurian.
f. Pemasangan Lampu
Pihak AJK PPBBB memohon kerjasama penghuni untuk memasang lampu belakang/membaiki pagar rumah masing-masing. Perkara ini perlu untuk mengelak kejadian kecurian. Pihak Pengawal Keselamatan tidak dapat memasuki kawasan rumah yang kosong atau berpenghuni tanpa kebenaran.
g. Penghuni yang tidak Membayar Yuran Persatuan
Pihak AJK PPBBB merayu kepada penduduk supaya menjelaskan yuran persatuan. Setiap urusan seharian memerlukan duit untuk menjelaskan dari pengedaran kertas ini, pembayaran perkhidmatan pengawal keselamatan, bil-bil air dan eletrik yang digunakan dipondok keselamatan, pemberian sticker, urusan mengendalikan kematian dan sumbangan pelajar cemerlang dalam UPSR, PMR serta SPM kita laksanakan. Perkara-perkara yang dinyatakan diatas dapat dinikmati semula pada penduduk sekelian.

3. Adalah diharapkan semoga Perutusan 2/2008 ini akan dapat memberikan beberapa maklumat kepada semua penduduk PPBBB. Diharapkan PPBBB akan terus maju, dan untuk itu, kerjasama semua ahli amat diperlukan. AJK PPBBB amat berharap agar semua ahli dapat memberikan cadangan membina, teguran berhemah, dan menggunakan saluran perhubungan yang disediakan serta ikut sertalah dalam semua aktiviti yang disediakan demi mengeratkan hubungan sesama kita.

Sekian dimaklumkan, harap maaf jika ada salah dan silap.

SEDERAP KITA MELANGKAH KE HADAPAN.

Saya yang benar,



HAJI MOHD FAUZI BIN HAJI HARUN
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Banglo Bukit Bayu (PPBBB),

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN BKT BAYU